Friday 4 January 2013

A Journey to the Southern City (UiTMPP >> UiTMJB)


...Assalamualaikum...
Pada cuti mid sem yang lalu, bertarikh
(22 Disember 2012 - 25 Disember 2012)
UiTM Kampus Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang telah mengadakan benchmarking di 
UiTM  Kampus Johor Bahru  nama program rasminya ialah
 "A Journey the Southern City".

Benchmarking ini telah disertai seramai 80 orang dan seorang pegawai pengiring dari UiTM Pulau Pinang (UiTMPP). Peserta yang menyertai benchmarking ini, terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan juga Sekretariat Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTMPP.

Objektif utama program ini,
adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara JPK UiTMJB dan UiTMPP. Disamping itu, kami turut mengadakan diskusi bagi membincangkan pegurusan sistem di kolej dan juga membincangkan permasalahan yang terdapat di kolej masing-masing.

Tentatif program bermula pada 22 disember 2012,
 iaitu JPK UiTMPP telah tiba di perkarangan UiTMJB tepat jam 10.30 malam. Selepas itu, mereka
di berikan taklimat tentang perjalanan program sepanjang 3 hari berturut-turut oleh ketua projek dari UiTMPP.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah diskusi perihal JPK bersama pihak pengurusan, pelaksanaan dan  pembentangan kertas kerja,  
permainan persahabatan (Futsal & Bola Jaring) UiTMPP & UiTMJB , 
malam kebudayaan serta explorace,,,

makanan kami sementara menunggu JPK UiTMPP tiba

Bilik yang disediakan untuk JPK UiTMPP

JPK UiTMPP tiba tepat jam 10.30 malam (22 Dis 2012)

Ucapan Selamat Datang JPK UiTMPP dan taklimat program telah diberikan


Sesi diskusi bersama UiTMPP

Diskusi perihal JPK serta pelaksanaan kertas kerja

Riadah

JPK UiTMJB

Cenderamata dari pihak UiTMPP

Alhamdulilah...pada hari Selasa (25 Dis 2012)...Program Benchmarking ini pun telah berakhir.. Kami mengharapkan hungan baik yang terjalin ini dapat di teruskan hingga ke akhirnya,, Insya-Allah...

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini.



                                                                                                                                  shafinazhairi

No comments:

Post a Comment