Wednesday 16 January 2013

Kampus Hijau UiTM JB



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 
Syukur kepada Allah dengan izin Nya, 
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah berjaya menjalankan satu program Kolej iaitu

 "KAMPUS HIJAU UiTM JB" 

Program ini telah dijalankan pada hari 
Sabtu, 5 Januari 2013

di Kampus UiTM Johor Bahru.

Program ini dijalankan bagi menjaga dan membersihkan kawasan persekitaran kampus dan ia melibatkan semua penghuni kolej siswa dan siswi UiTMJB.
Disamping itu, program ini juga dijalankn bagi memupuk hubungan silaturrahim
antara JPK dan penghuni Kolej UiTM JB.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi, dimulakan dengan bacaan doa,seterusnya aktiviti senamrobik telah diadakan. Aktiviti senamrobik ini, yang istimewanya telah diketuai oleh salah seorang pensyarah di UiTMJB iaitu Dr Noor Hanim bt Rahmat.

 Program ini telah dirasmikan oleh Pn Rosnah binti Othman yang merupakan Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) merangkap Pengurus Asrama UiTMJB.

Selepas itu, pelajar kolej telah diberikan taklimat oleh ketua projek kami iaitu 
Zulfadli bin Zulkefli (Exco 5S) mengenai aktiviti yang akan dipertandingkan sepanjang 
Program Kampus Hijau ini.

Selepas taklimat, bermulalah aktiviti gotong-royong perdana UiTMJB. Semua pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, untuk membersihkan tiga zon yang telah ditetapkan.

Apabila selesai aktiviti gotong-royong di kawasan sekitar UiTMJB, pelajar telah diberi arahan untuk pulang ke bilik masing-masing, dan membersihkan kawasan bilik .

Setelah selesai semua aktiviti gotong-royong ini, para pelajar dikehendaki berkumpul semula di padang kawad, untuk mengambil kupon aktiviti dan makanan yang disediakan.
Program berakhir tepat jam12.30  tengah hari


AJK Pelaksana yang terdiri daripada JPK UiTMJB

Pelajar berkumpul di Padang Kawad 


 Perasmian oleh PPP


Taklimat mengenai program oleh ketua projek




  
Senamrobik daripada Dr.Hanim 




Gotong-Royong Perdana sekitar UiTM JB





Gotong-Royong Bilik





Pembahagian makanan dan kupon aktiviti kepada pelajar Kolej



Post-moterm kampus hijau





Sekian sahaja entri pada kali ini. Terima kasih.


                                                                                                  -Syaiza dan Shafinaz-

No comments:

Post a Comment